Izinkan Aku -8-

Mei 24, 2008

Hari ini genap seminggu aku tutup studio awal. Bukan sebab aku sudah malas nak handle perniagaan aku, tapi aku gigih dengan niat aku seminggu yang lepas untuk menatap wajah gadis itu. Malangnya, aku masih tidak berjaya. Sepanjang minggu ini, jangan kata kelibatnya aku tak nampak, malah harumannya juga aku tak dapat. Aku rasa kurang senang dengan keadaan ini. Mengapa aku tertunggu-tunggu gadis itu. Mungkin aku harus akui bahawa aku sudah mula tertarik dengannya. Mungkin juga aku hanya berminat untuk tahu.

“Kalau iye pun gila bayang, takkanlah sampai sejam minum kopi kat depan pintu tu bang.. Tak habis-habis pulak tu..”

“Hari ni si ros biru tu tak muncul lagi ke? Kesian abang.. Hahahaha..” Apek menunjukkan rasa simpatinya yang langsung tidak ikhlas itu.

Aku sudah lali dengan gurauan si Apek ni. Biarlah dia, tanpa dia lagi sunyi hidup aku.

Entah kemana hilangnya gadis itu. Bila ditunggu-tunggu, tidak pula muncul. Adakah gadis itu hanyalah khayalanku. Tak mungkin, Apek pun dah mengaku gadis itu menarik. Tapi kemanakah dia menghilang. Aku harap kau akan muncul lagi. Mungkin aku merindui kau. Atau mungkin aku sudah gilakan kau. Aku kembali leka dengan perasaan aku.

Tak mungkin ku alami
Tak mungkin ku hindari
Dihimpit perasaan bayangan gurauan..

Didalam jaga ku tercari-cari
Didalam tidur termimpi-mimpi
Siapakah gadis misteri
Adakah dapat kukenali

Andai diberikan emas permata
Kupilih senyumanmu
Andai kupunyai mahligai indah
Kuhadiahkan untukmu
Dalam berjuta bintang berkelipan
Kau bagaikan kejora
Antara ribuan mata menikam
Takkan kubiarkan kau tenggelam

………………………………………………………………………

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.