Izinkan Aku -7-

Mei 8, 2008

            “Arghhhh.. Terlepas lagi,” hari ini hari yang ke sembilan aku nampak gadis itu. Kesemuanya dalam situasi yang sama. Sedang tunduk untuk masuk ke dalam kereta. Aku masih tidak dapat mencuri pandang wajahnya. Setiap hari dengan berbaju kurung. Aku tertarik dengan gaya pemakaiannya. Mulai hari esok, aku akan turun lebih awal. Aku ingin melihat wajahnya. Selama ini, hanya rambut halusnya yang aku dapat lihat.

 

 

            Sudah lama aku tidak beria-ia seperti ini. Entah kenapa kali ini aku begitu bersemangat. Mungkin kerana pewangi yang dipakainya. Haruman pewangi yang dia pakai betul-betul menambat hati aku. Aku ngin melihat wajah yang di milikinya. Tunggulah esok, aku nak curi pandang muka kau.

 

 

 

 

            “Macam mana tadi? Dapat tengok muka buah hati?” belum sempat aku tanggalkan kasut Apek sudah mula mengusik aku. Aku tinggal serumah dengan Apek sekarang. Kami menyewa sebuah rumah pangsa yang sederhana. Mujurlah aku dapat berkenalan dengan Apek. Ada juga tempat aku untuk berteduh. Kalau tidak, studio itulah yang menjadi tempat aku bermalam.

 

 

            “Mana ada buah hati. Banyak bunyi lah kau ni Apek.”

 

            “Malu nak mengakulah tu,” Apek memang suka mengusik aku. Sifatnya yang suka bergurau dan senang dibawa berbincang membuatkan aku semakin sengan dengannya. Apek terus dengan hilai tawanya.

 

            “Kau tak kenal ke girl tu, tak penah nampak?”

 

            “Tak kenal la bang. Nampak penah la. Tanya nama tak penah lak…” die tergelak lagi.

 

            “Takpe-takpe. Nanti aku kenalkan dengan kau hahaha.” Apek makin galak mentertawakan aku.

 

 

            Perbualan kami terhenti di situ. Aku masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Rasa kurang selesa dengan keadaan badan yang sudah berpeluh-peluh.

6 Respons kepada “Izinkan Aku -7-”

  1. fara Berkata:

    adakah ini realiti?…

  2. ibnuisma Berkata:

    tak la fara..aku reka..mungkin selit2 sedikit pengalaman aku..

  3. zuriaf Berkata:

    best plak rekaan kau yang dihiasi realiti nih…

  4. ibnuisma Berkata:

    terima kasih daun keladi. sila datang lagi. :)

  5. aremierulez Berkata:

    nice bro..
    keep it up..
    tak sabar nak tunggu sambungan cerpen kau ni..

  6. kakak Berkata:

    aritu dah baca abis..
    dah seminggu, ada apdet ek abang…

    nice, abang spend masa free abang dengan menulis…
    jalan citer ok… plus lagi ok biler ada sentimen pengalaman & reality, so tak lari bajet merapu…

    muah… continue citer abang…

    agak-agak minah uitm mana ek yg jadi perangsang… haha…


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.