Izinkan Aku -1-
Mei 5, 2008
11 April 2003
Selepas dua tahun aku menjadi penghuni percuma di pusat ini, akhirnya aku diberi kepercayaan untuk meneruskan hidup aku seperti remaja-remaja lain diluar pusat pemulihan ini. Hari ini, dengan langkah yang masih tidak pasti arah tuju, aku bertekad tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Tidak ingin aku mengulangi kesilapan yang menjadikan aku seorang insan tanpa tempat bergantung seperti ketika ini. Ya, aku sudah menjadi anak yatim piatu. Kebebasan yang diberikan kali ini tidak mungkin aku sia-siakan lagi. Aku sudah serik dan sedar.
Aku menunggu Yati dihujung simpang jalan. Sudah lama aku tidak bertemu dengan Yati. Nur Hayati Bte Amar, cuma dia yang tinggal dalam salasilah keluargaku. Seorang kakak yang sangat sayangkan aku. Aku dimasukkan ke pusat ini 3bulan sebelum Yati melangsungkan perkahwinan dengan rakan sekelasnya di Sydney. Yati dan Abang Nazmi sama-sama mempunyai Master dalam perakaunan. Perkenalan mereka ketika belajar membawa kejinjang pelamin. Aku berharap Abang Nazmi tidak akan mensia-siakan kakak kesayangan aku yang seorang ini.
“Sorry Epy, I lambat sikit. Jalan jammed tadi”. Yati memeluk aku. Aku rasa sudah lebih setahun aku tidak dapat pelukan kasih saying dari kakak aku ini. Aku rasa bahagia. Sudah lama aku hanya dapat mendengar suara seorang kakak yang sering memberi kata-kata semangat dan nasihat.
“Jauh termenung tadi. I tekan horn berkali-kali pun U tak sedar.”
“Nothing, I rasa happy sangat dapat keluar hari ni.” Aku sempat menjeling mata Yati. Bengkak dan berair. Aku biarkan, pasti dia pun berasa gembira dengan pembebasan aku.
Yati terus menghidupkan enjin kereta dan bergerak memasuki kesesakan jalan raya di kota. Honda Odessey, JJJ 2039 membawa seribu kenangan kepadaku. Aku berpaling ke kiri cuba menahan sebak. Aku sedih, air mataku mengalir tanpa diduga. Yati terus memandu dengan tenang.
“U stay at my house okay. I dah siapkan bilik untuk U.”
“Okay Yati. Thanx, I love U Yati.” Yati membalas dengan senyuman yang manis. Aku sangat bersyukur kerana Yati masih melayan aku seperti dulu. Dia memang seorang kakak yang baik.