Izinkan Aku -8-
Mei 24, 2008
Hari ini genap seminggu aku tutup studio awal. Bukan sebab aku sudah malas nak handle perniagaan aku, tapi aku gigih dengan niat aku seminggu yang lepas untuk menatap wajah gadis itu. Malangnya, aku masih tidak berjaya. Sepanjang minggu ini, jangan kata kelibatnya aku tak nampak, malah harumannya juga aku tak dapat. Aku rasa kurang senang dengan keadaan ini. Mengapa aku tertunggu-tunggu gadis itu. Mungkin aku harus akui bahawa aku sudah mula tertarik dengannya. Mungkin juga aku hanya berminat untuk tahu.
—
“Kalau iye pun gila bayang, takkanlah sampai sejam minum kopi kat depan pintu tu bang.. Tak habis-habis pulak tu..”
“Hari ni si ros biru tu tak muncul lagi ke? Kesian abang.. Hahahaha..” Apek menunjukkan rasa simpatinya yang langsung tidak ikhlas itu.
Aku sudah lali dengan gurauan si Apek ni. Biarlah dia, tanpa dia lagi sunyi hidup aku.
—
Entah kemana hilangnya gadis itu. Bila ditunggu-tunggu, tidak pula muncul. Adakah gadis itu hanyalah khayalanku. Tak mungkin, Apek pun dah mengaku gadis itu menarik. Tapi kemanakah dia menghilang. Aku harap kau akan muncul lagi. Mungkin aku merindui kau. Atau mungkin aku sudah gilakan kau. Aku kembali leka dengan perasaan aku.
Tak mungkin ku alami
Tak mungkin ku hindari
Dihimpit perasaan bayangan gurauan..
Didalam jaga ku tercari-cari
Didalam tidur termimpi-mimpi
Siapakah gadis misteri
Adakah dapat kukenali
Andai diberikan emas permata
Kupilih senyumanmu
Andai kupunyai mahligai indah
Kuhadiahkan untukmu
Dalam berjuta bintang berkelipan
Kau bagaikan kejora
Antara ribuan mata menikam
Takkan kubiarkan kau tenggelam
………………………………………………………………………
Izinkan Aku -7-
Mei 8, 2008
“Arghhhh.. Terlepas lagi,” hari ini hari yang ke sembilan aku nampak gadis itu. Kesemuanya dalam situasi yang sama. Sedang tunduk untuk masuk ke dalam kereta. Aku masih tidak dapat mencuri pandang wajahnya. Setiap hari dengan berbaju kurung. Aku tertarik dengan gaya pemakaiannya. Mulai hari esok, aku akan turun lebih awal. Aku ingin melihat wajahnya. Selama ini, hanya rambut halusnya yang aku dapat lihat.
Sudah lama aku tidak beria-ia seperti ini. Entah kenapa kali ini aku begitu bersemangat. Mungkin kerana pewangi yang dipakainya. Haruman pewangi yang dia pakai betul-betul menambat hati aku. Aku ngin melihat wajah yang di milikinya. Tunggulah esok, aku nak curi pandang muka kau.
—
“Macam mana tadi? Dapat tengok muka buah hati?” belum sempat aku tanggalkan kasut Apek sudah mula mengusik aku. Aku tinggal serumah dengan Apek sekarang. Kami menyewa sebuah rumah pangsa yang sederhana. Mujurlah aku dapat berkenalan dengan Apek. Ada juga tempat aku untuk berteduh. Kalau tidak, studio itulah yang menjadi tempat aku bermalam.
“Mana ada buah hati. Banyak bunyi lah kau ni Apek.”
“Malu nak mengakulah tu,” Apek memang suka mengusik aku. Sifatnya yang suka bergurau dan senang dibawa berbincang membuatkan aku semakin sengan dengannya. Apek terus dengan hilai tawanya.
“Kau tak kenal ke girl tu, tak penah nampak?”
“Tak kenal la bang. Nampak penah la. Tanya nama tak penah lak…” die tergelak lagi.
“Takpe-takpe. Nanti aku kenalkan dengan kau hahaha.” Apek makin galak mentertawakan aku.
Perbualan kami terhenti di situ. Aku masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Rasa kurang selesa dengan keadaan badan yang sudah berpeluh-peluh.
Izinkan Aku -6-
Mei 8, 2008
“Kalau nak jamming kat sini, boleh la bagi special price bang.”
“Off course la, kau datang je, nak lepak-lepak pun boleh,” aku tersenyum puas melihat susun atur studio aku. Lebih seminggu aku bertungkus-lumus dengan Apek. Aku kenal Apek ketika makan di sebuah restoran selang beberapa buah dari bangunan yang aku sewa ini. Dia bekerja sebagai pembuat air di situ. Gayanya yang mirip Azri membuatkan aku senang berkawan dengannya. Aku meminta bantuan Apek untuk menyiapkan studio baru aku ini.
Perbualan dengan Abang Dik bulan lepas membuka mata aku untuk cuba menguruskan sebuah studio muzik. Dengan duit yang yati berikan pada aku, aku bayar separuh dari harga yang diletakkan oleh Abang Dik dan selebihnya aku bayar beransur-ansur. Aku menyewa bahagian atas sebuah rumah kedai untuk memulakan operasi studio ini. Mujurlah sewanya tidak begitu mahal. Cukuplah juga duit yang diberikan oleh Yati ini. Segala kelengkapan yang Abang Dik tinggalkan aku angkut semua, dan hasilnya, 3 buah bilik yang lengkap untuk aku mulakan perniagaan.
Ketika aku mula-mula berminat dengan muzik dulu, aku memang sudah berangan-angan untuk memiliki studio sendiri. Dan akhirnya, aku berjaya juga. Akan aku cuba teruskan perjalanan hidup aku dengan perniagaan ini. Satu janji aku pada diri sendiri, aku tidak mahu studio ini menjadi sarang remaja-remaja melakukan perkara tidak bermoral seperti yang aku lakukan dulu. Aku tidak mahu lebih ramai lagi remaja hanyut seperti aku. Aku bina studio ini kerana minat aku terhadap muzik. Jadi, aku harap studio ini akan dapat membantu peminat-peminat muzik seperti aku.
—
Suasana di kota memang tidak dapat dielakkan dari pencemaran. Asap-asap kenderaan di sana-sini, namun aku sudah biasa dengan perkara seperti ini. Tapi kali ini aku nikmatinya dengan cara yang berbeza. Jika dulu aku ada kenderaan sendiri, sekarang aku hanya menaiki pengangkutan awam. Aku menunggu bas di perhentian bas tidak jauh dari kedai aku.
Angin senja membawa khayalan kepadaku. Sambil mata aku galak memerhatikan bangunan-bangunan di sekeliling perhentian bas ini, aku terfikir tentang masa depan yang bakal aku lalui. Sebuah bangunan mencakar langit beberapa ratus meter di sebelah aku. Aku tertarik dengan reka bentuknya yang moden. Aku membayangkan jika aku seorang yang berjaya, sudah tentu aku boleh bekerja di bangunan itu dengan pakaian yang kemas dan segak. Tapi, aku adalah aku. Aku yang silap mencorakkan jalan hidup aku sendiri. Kini, aku akan cuba menjadi insan yang lebih berguna.
Satu haruman yang menyenangkan datang menyapa aku dan serta-merta angan-angan aku terhenti. Bau yang sangat mententeramkan. Aku suka bau ini. Aku menoleh ke kanan dan mataku tepat memandang seorang gadis yang sedang tunduk ingin memasuki sebuah kereta. Berbaju kurung putih dan berbunga-bunga biru. Satu kombinasi warna kegemaran aku. Sekali lagi perasaan tertarik dating dalam diri aku. Kereta itu terus hilang dari pandangan aku dan aku terus melayan angan-angan aku.
Izinkan Aku -5-
Mei 7, 2008
“Kau dah training ke Epy?”
“Dahhhh Piz..Satu malam aku ketuk-ketuk bantal. Sedap juga bunyi dia hahahaha…”
“Piz.. Epy.. Aku rasa kita kurang sorang lah. Suara kita bukan sedap pun. Siapa pula nak bawak vocal nanti.”
“Kau la.. Suara kau paling sedap antara kita. Betul tak Piz.”
“Betul. Betul. Betul”
Aku teringat perbualan di sebuah studio ketika kali pertama aku menjejakkan kaki ke Cen Jamming Studio ini. Perkenalan dengan kawan-kawan baru dari kolej memperkenalkan aku kepada satu minat yang baru. Aku tidak pernah bermain muzik sebelum ini, tapi dengan tunjuk ajar dan dorongan dari rakan-rakan aku sudah boleh bermain drum. Di sinilah tempat kami selalu berlatih. Bilik ini menyimpan banyak kenangan zaman gelap sejarah hidup aku.
“Woi. Dah berapa tahun kau lepas?”
Abang Dik menegur aku dari belakang. Kami berdakapan. Abang Dik memang rapat dengan aku, Hafiz dan Azri. Dia pemilik studio muzik ini. Abang Dik banyak mengajar kami bermain muzik. Perangainya mungkin nampak tidak bermoral, namun hatinya sangat baik. Dia sudah kami anggap seperti abang sendiri. Satu yang aku paling hormat dalam diri Abang Dik. Dia tidak pernah menyentuh dadah mahupun alkohol.
“Jom. Aku belanja kau goring pisang. Panas lagi tu. Mak cik tu baru goring aku tengok tadi.”
Aku berborak panjang dengan Abang Dik. Sudah lama aku tidak bertemu teman lama sepertinya. Dia bercerita tentang perkembangan Azri dan Hafiz. Azri sudah selamat bernikah dengan kekasih lamanya. Amat lucu, seorang lelaki yang boleh digelar playboy kahwin muda. Silap sendiri sehingga terpaksa berkahwin. Hafiz pula sudah berpindah ke Penang. Bekerja di syarikat kepunyaan ayahnya. Kedua-dua rakan baikku sudah mempunyai kehidupan yang agak selesa aku rasa. Kami semua dating dari keluarga yang berada, mereka hanya perlu meneruskan perniagaan keluarga masing-masing.
“Aku nak jual studio aku,” kata-kata Abang Dik mengejutkan aku dari lamunan.
“Aku nak balik kampung. Tolong family aku kat kebun,” aku terus termanggu mendengar kata-kata Abang Dik. Studio yang banyak menyimpan kenangan aku dan kawan-kawan akan di jual.
Izinkan Aku -4-
Mei 6, 2008
Aku menerima sebuah cek dari Yati yang bernilai RM10000. Aku tahu jumlah itu bukan satu yang membebankan untuk Yati. Jumlah itu tidak sampai pun satu persepuluh dari harta peninggalan ayah yang ditinggalkan untuk Yati. Agak berat untuk aku menerima cek itu, namun aku tidak sanggup untuk terus melihat Yati menitiskan air mata. Sepanjang tiga hari aku tinggal bersamanya, matanya sentiasa sembap dan berair. Acap kali Yati bertegang urat dengan Abang Nazmi. Aku tidak mahu menjadi sebab kepada keruntuhan rumah tangga mereka.
“Banyak tu! U dah lupa apa yang dia buat dulu? U nak dia habiskan duit tu dengan dadah?”
Kata-kata Abang Nazmi pagi tadi betul-betul menikam hati aku. Tidak aku sangka, seorang yang sangat berbudi bahasa dan penyayang sebelum ini boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu. Kata-katanya sudah cukup untuk menjelaskan bahwa dia amat jijik dengan aku. Yati tidak mampu berkata-kata lagi. Dia hanya tunduk dan mengesat air mata.
—
Yati terpaksa menerima kenyataan bahawa suaminya tidak meredakan kehadiran aku dalam keluarga mereka. Aku membuat keputusan untuk keluar dan mencari tempat untuk berteduh. Yati tahu aku tidak mempunyai apa-apa di luar sana. Dia tidak mahu aku mencari kawan-kawan lama aku dan kembali mengulangi kesilapan lalu. Dengan sebab itulah, Yati memberikan aku cek itu. Dia merayu kepadaku agar gunakan duit itu sebaik mungkin dan cuba ubah pandangan orang terhadapku.
“Epy, I want U to be a good person. Duit ni, U gunakan sebaik mungkin. Promise me” pesan Yati sambil memelukku.
“I will Yati. I takkan kecewakan U lagi. Restui perjalanan hidup I” kata-kata terakhir aku sebelum meninggalkan rumah Yati.
Aku melangkah mengikut gerak mataku. Tidak pasti kemana arah yang harus aku tuju. Arked Mara. Aku terpandang sebuah bangunan lama yang masih utuh dihuni peniaga-peniaga kecil. Di sinilah tempat aku selalu meluangkan masa dengan Hafiz dan Azri. Aku melangkah masuk ke dalam bangunan itu dan terus menaiki tangga. Aku mencari Cen Jamming Studio.
Izinkan Aku -3-
Mei 6, 2008
“Kenapa U bawak balik dia ni. Kalau my friends tau, malu la I.”
“Dear, Epy ni satu-satunya adik I. Dia dah tak ada tempat mengadu lagi kat dunia ni. Saudara-mara pun dah tak nak terima dia lagi.” Yati cuba menyebelahi aku.
“Mohd Saufi bin Amar. Bekas penagih dadah, remaja tak hormat orang tua dan pembunuh ibu bapa sendiri. Kalau kawan-kawan and my staff tau. Mana I nak letak muka I Yati.”
Kata-kata Abang Nazmi membuatkan aku tidak dapat tidur lena malam ini. Dulu, dia bukan seperti ini. Dia seorang yang penyayang dan pemurah. Setiap kali dia ingin keluar dengan Yati, dia pasti mengajak aku menyertai mereka. Aku senang dengan sifat baik hati Abang Nazmi. Aku merelakan dia memikat hati Yati kerana aku yakin dia mampu membahagiakan kakak kesayangan aku ini.
Tapi waktu itu sudah berlalu. Dari perbualan yang aku dengar tanpa sengaja tadi, aku pasti Abang nazmi tidak senang akan kehadiran aku dalam rumah mereka. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Aku tidak menyalahkannya, ini semua kesilapan aku sendiri. Aku leka dan lalai dek kemewahan dan kebebasan yang aku dapat dari keluarga aku. Aku telah merosakkan segalanya, aku hanyut dengan arus pembangunan yang tidak seiring dengan nilai-nilai moral. Aku tidak menyalahkan sesiapa. Ini semua pilihan aku sendiri.
Aku terus membuai perasaanku dalam keheningan malam. Aku terkenangkan ibu dan ayah yang telah pergi menemui Ilahi. Ini semua berpunca dari diriku. Aku yang menyebabkan kematian mereka. Aku yang membuatkan Yati kehilangan kedua ibu bapa tersayang. Saudara-mara semua menuding jari ke arahku.
“Epy, ini semua sudah ditakdirkan. U jangan salahkan diri U. Tuhan lebih menyayangi ayah dan ibu. U berdoalah agar roh mereka dicucuri rahmat. And one more thing, please change. I nak u jadi orang berguna lepas ni.” Kata-kata akhir dari yati sebelum aku dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak. Yati tidak pernah menyalahkan aku dalam musibah ini. Sehingga kini, hanya Yati yang masih mengaku aku saudaranya.
Izinkan Aku -2-
Mei 6, 2008
7 April 2001
Aku, Hafiz dan Azri sedang khayal dengan dunia masing-masing. Kesan dari ganja yang kami ambil sebentar tadi masih kuat mengawal mindaku. Aku leka memikirkan masa depan yang mungkin aku lalui. Bertambah jauh anganku dengan bantuan dadah yang tidak seberapa ini.
Tanpa diduga, rumah sewaku diserbu polis. Hafiz dan Azri sempat melarikan diri. Dan aku… Dibawa ke balai polis…
Kejadian dua tahun lepas masih segar dalam lipatan ingatanku. Ketika aku sedang asyik melayan keseronokan dek dadah murahan, aku diberkas oleh polis. Sambutan hari terakhir aku bergelar pelajar di sebuah kolej bertukar menjadi tragedi hitam dalam sejarah hidupku. Hafiz dan Azri yang sama-sama menyambut hari terakhir itu sempat mlarikan diri. Hanya aku yang terpaksa menanggung malu diheret ke balai polis. Pegawai polis menghubungi rumahku dan meminta ayah dan ibu datang ke balai.
Aku lemah seluruh badan. Sejak tiga jam tadi aku sedih memikirkan kesilapan yang aku lakukan. Sudah pasti aku akan dimarahi oleh ibu dan ayah. Dengan kebebasan dan kemewahan yang mereka taburkan, aku menconteng arang ke muka mereka. Aku termenung di sudut sel yang gelap ini.
“Epy!!! Apa yang U dah buat!!!” dalam esak Yati bertanya kepadaku.
“I’m sorry. I bersalah. Ibu dengan ayah mana?” aku gelisah menunggu kehadiran mereka.
Esak tangis Yati semakin kuat. Abang Nazmi memegang bahu bahu Yati sambil merenung tepat ke mataku.
“Ibu dengan ayah dah takde. Mereka kemalangan dalam perjalanan ke sini.” kata-kata Abang Nazmi membuatkan aku tidak mampu menahan air mataku. Aku terduduk sambil mengalirkan air mata. Tiba-tiba pandanganku gelap dan aku rebah.
Izinkan Aku -1-
Mei 5, 2008
11 April 2003
Selepas dua tahun aku menjadi penghuni percuma di pusat ini, akhirnya aku diberi kepercayaan untuk meneruskan hidup aku seperti remaja-remaja lain diluar pusat pemulihan ini. Hari ini, dengan langkah yang masih tidak pasti arah tuju, aku bertekad tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Tidak ingin aku mengulangi kesilapan yang menjadikan aku seorang insan tanpa tempat bergantung seperti ketika ini. Ya, aku sudah menjadi anak yatim piatu. Kebebasan yang diberikan kali ini tidak mungkin aku sia-siakan lagi. Aku sudah serik dan sedar.
Aku menunggu Yati dihujung simpang jalan. Sudah lama aku tidak bertemu dengan Yati. Nur Hayati Bte Amar, cuma dia yang tinggal dalam salasilah keluargaku. Seorang kakak yang sangat sayangkan aku. Aku dimasukkan ke pusat ini 3bulan sebelum Yati melangsungkan perkahwinan dengan rakan sekelasnya di Sydney. Yati dan Abang Nazmi sama-sama mempunyai Master dalam perakaunan. Perkenalan mereka ketika belajar membawa kejinjang pelamin. Aku berharap Abang Nazmi tidak akan mensia-siakan kakak kesayangan aku yang seorang ini.
“Sorry Epy, I lambat sikit. Jalan jammed tadi”. Yati memeluk aku. Aku rasa sudah lebih setahun aku tidak dapat pelukan kasih saying dari kakak aku ini. Aku rasa bahagia. Sudah lama aku hanya dapat mendengar suara seorang kakak yang sering memberi kata-kata semangat dan nasihat.
“Jauh termenung tadi. I tekan horn berkali-kali pun U tak sedar.”
“Nothing, I rasa happy sangat dapat keluar hari ni.” Aku sempat menjeling mata Yati. Bengkak dan berair. Aku biarkan, pasti dia pun berasa gembira dengan pembebasan aku.
Yati terus menghidupkan enjin kereta dan bergerak memasuki kesesakan jalan raya di kota. Honda Odessey, JJJ 2039 membawa seribu kenangan kepadaku. Aku berpaling ke kiri cuba menahan sebak. Aku sedih, air mataku mengalir tanpa diduga. Yati terus memandu dengan tenang.
“U stay at my house okay. I dah siapkan bilik untuk U.”
“Okay Yati. Thanx, I love U Yati.” Yati membalas dengan senyuman yang manis. Aku sangat bersyukur kerana Yati masih melayan aku seperti dulu. Dia memang seorang kakak yang baik.